-1.4 C
New York
Saturday, December 21, 2024

Buy now

spot_img

SAYS Lancar Kempen ‘The Pink Ribbon’, Fokus Tingkatkan Kesedaran Mengenai Kanser Payudara

Sepanjang kempen ini berlangsung, SAYS akan berkongsi pelbagai kisah inspirasi melalui satu siri artikel dan video daripada bekas pesakit kanser payudara di Malaysia.

Antara topik yang bakal diketengahkan termasuk perkongsian perjalanan peribadi bekas pesakit kanser payudara dan cabaran yang dihadapi, penjelasan mengenai kanser payudara, sumber bantuan kewangan serta panduan pengesanan awal.

Selain itu, platform digital ini juga akan menampilkan temu bual bersama pakar perubatan bagi menyediakan maklumat mengenai kanser payudara serta panduan bagi pemeriksaan kendiri, pilihan rawatan serta dan sistem sokongan bagi individu serta keluarga yang terkesan oleh kanser payudara.

Ketua Kandungan SAYS, Gowri Chitra Martin berkata, terdapat pelbagai mitos dan salah faham yang timbul mengenai kanser payudara.

“Justeru melalui kempen ini, kami ingin membetulkan persepsi yang salah dan menggalakkan wanita untuk melakukan pemeriksaan kendiri secara berkala.

“Perkongsian daripada bekas pesakit dapat memberi inspirasi dan kekuatan kepada mereka yang sedang berjuang dengan penyakit ini,” katanya.

Gowri berkata, SAYS turut bekerjasama dengan beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) dan institusi kesihatan seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Pusat Perubatan Sunway, Pusat Kanser Sunway dan Hospital Pantai Kuala Lumpur bagi memastikan kempen ini mencapai impak yang lebih besar

“Kami berharap dengan kerjasama ini, kita dapat menyediakan sumber yang komprehensif dan tepat kepada masyarakat,” kongsinya.

window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘364986867267213’,
xfbml : true,
version : ‘v3.1’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};

$(window).ready(function(){
(function(d, s, id){
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) {return;}
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
})

(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src=”https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v3.1&appId=364986867267213&autoLogAppEvents=1″;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

The post SAYS Lancar Kempen ‘The Pink Ribbon’, Fokus Tingkatkan Kesedaran Mengenai Kanser Payudara appeared first on says.com

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
0FollowersFollow
22,100SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles